Salah satu
tunjang yang terdapat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah melahirkan
masyarakat Malaysia khususnya murid-murid sekolah seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial. Justeru, SKPN5 telah melaksanakan satu
program yang dinamakan Hari Sukan Negara.
Hari Sukan
Negara menjadi satu medium yang selaras dengan Program 1 Murid 1 Sukan dimana
semua murid perlu terlibat dengan program sukan di sekolah. Program Hari Sukan
telah disertai oleh murid-murid daripada kelas aliran perdana, kelas Pendidikan
Khas Integrasi dan Prasekolah. Aktiviti wajib yang disertai ialah 10 000
langkah, pertandingan Bola Tampar dan Bola Jaring.
Murid melakukan aktiviti senaman sebelum bermulanya aktiviti.
Program 10 000 Langkah.
Permainan Bola Tampar.
Acara pelepasan murid aktiviti 10 000 Langkah.