Selamat Datang Ke Sekolah Kebangsaan Parit No 5 Muar Johor Darul Takzim. " Belajar..Bermoral..Berbakti" " Sekolah Unggul Jauhar Ulung "

Ahad, 26 November 2017

Hari Keluarga Sekolah Kebangsaan Parit No 5/2017



Hari keluarga merupakan satu aktiviti bagi mengeratkan silaturahim dan hubungan kekeluargaan sesama keluarga kerana institusi keluarga adalah saluran asas dalam pembentukan sikap, nilai murni dan integriti seseorang individu dalam melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan dinamik.Badan Kebajikan Guru & Kakitangan SKPN5 2017 telah mengadakan hari keluarga bertempat di Puteri Qashrina, Tanjung Keling Melaka. Program diadakan pada 23-24 November 2017.

Penganjuran hari keluarga Badan Kebajikan & Kakitangan SKPN5/2017 merupakan salah satu wadah untuk menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara semua ahli organisasi bagi menghasilkan satu platform semangat muhibbah antara semua peserta yang terlibat yang akhirnya menjadi pemangkin untuk meningkatkan kecekapan bekerja dalam organisi SKPN5 yang dibina atas dasar semangat ukhuwah kekeluargaan yang harmoni dan dinamik.

Objektif :

1. Sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali antara semua ahli keluarga yang terlibat.
2. Mewujudkan persefahaman & semangat kerja berpasukan dikalangan semua warga kerja SKPN5.
3. Mengeratkan hubungan semua peserta dalam melakukan aktiviti bersama keluarga dalam satu
    organisasi besar.

Warga SKPN5
Team Building Aktiviti 1

Team Building Aktiviti 1
Team Building Aktiviti 2

Team Building Aktiviti 2

Kounselor Team Building.
Jamuan Warga SKPN5


Keluarga En Zamri , Puan Siti Zubaidah, En Ikram, En Affan dan En Faiz

Keluarga Puan Yusnani dan

Keluarga Ustazah Safinaz,

Keluarga Puan Nora dan Puan Hani

Keluarga Ustaz Mokhidir dan Ustazah Mazlina

Keluarga En Azam Dan Puan Zawatil

"A Getah Gelung Team"


Acara: Tiup belon Kanak- kanak

Acara:  Kutip Gula-gula

Acara: Belon Kasih 

Acara:Belon Kasih Peringkat Akhir