VISI SEKOLAH
"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"
MISI SEKOLAH
"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"
OBJEKTIF SEKOLAH
- Berusaha mencapai sifar Linus dalam kalangan murid SKPN5
- Mencapai peratus 85% dalam keputusan UPSR dengan GPS 1.90.
- Meningkatkan taraf akademik murid SKPN5 dengan sistem pembelajaran dan pengajaran yang berkesan.
- Meningkatkan tahap sahsiah dalam disiplin murid SKPN5.
- Berusaha meningkatkan tahap keselamatan maksimum dalam Program 3K
- Meningkatkan pencapaian murid dalam bidang kokurikulum hingga peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
LAGU SEKOLAH
LAMBANG SEKOLAH
Lencana Sekolah Kebangsaan Parit No 5 dibahagikan kepada 4 pecahan mempunyai maknanya yang tersendiri.Makna bagi empat pecahan itu ialah seperti berikut;
Bentuk
1. Buku:
Melambangkan akdemik sekolah
2. Gelung :
Melambangkan semangat kesukanan Tinggi
3. Warna Merah/Putih :
Bendera Malaysia
4. Buku dan Gelung :
Digabungkan dan dibentuk menjadi satu ilustrasi melambangkan minda dan ilmu
pengetahuan yang tidak terbatas seiring dengan semangat kesukanan.
WARNA
Kuning :
Melambangkan kecemerlangan dan kegemilangan dari segi akademik sukan dan sahsiah murid.
Merah :
Melambangkan ketegasan, keberanian, bagi mengahadapi segala cabaran
Putih :
Melambangkan kesucian dan keikhlasan.
Biru :
Melambangkan semangat kejiranan dan kesungguhan dalam bidang akademik dan ko-kurikulum.
Merah dan Putih :
Jalur gemilang penyerapan semangat patriotik di kalangan murid supaya menjadi warganegara yang baik.