Selamat Datang Ke Sekolah Kebangsaan Parit No 5 Muar Johor Darul Takzim. " Belajar..Bermoral..Berbakti" " Sekolah Unggul Jauhar Ulung "

BERITA SEMASA



Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bernilai RM100 bagi setiap seorang murid atau pelajar yang diumumkan menerusi Bajet 2018 akan diagihkan kepada 3.2 juta pelajar Tahun Satu hingga Tingkatan Lima, Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) seluruh negeri.

Setiap murid / pelajar yang berkelayakan tidak perlu membuat permohonan secara individu untuk mendapatkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bernilai RM100, sebaliknya akan layak / dapat secara automatik berdasarkan kriteria pendapatan kasar bulanan (isi rumah) ibu bapa atau penjaga mereka.

Wang bantuan akan diagihkan kepada murid yang layak dalam tempoh 14 hari bekerja selepas peruntukan diterima oleh pihak sekolah. Sekolah Kebangsaan Parit No 5 melaksanakan serahan ini pada Khamis 8/2/2018.


Guru Kelas semasa agihan bantuan awal persekolahan 2018

Agihan RM100 diserahkan kepada Ibu Bapa atau Penjaga.