Ahad 5/2/2018
Kejayaan seseorang pelajar selalu dikaitkan dengan pemahaman dan tumpuan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hampir semua pelajar cemerlang menyatakan bahawa rahsia utama kejayaan mereka adalah memberi fokus dan tumpuan semasa guru mengajar. Justeru, menghadirkan diri ke sekolah merupakan asas dalam menjayakan proses penyampaian ilmu kepada pelajar. Pelajar yang hadir ke sekolah berpeluang memberi perhatian dan fokus semasa belajar dan sebaliknya pelajar yang tidak hadir tidak akan mendapat apa-apa.
Kevin Paul (1996) menyatakan, “in every bad class there is something to be learned – but not if you aren’t there”. Di dalam Islam menghadirkan diri ke majlis-majlis ilmu amat besar pahalanya dan orang yang menghadirkan diri dalam majlis ilmu akan mendapat keampunan Allah. Malah apa yang lebih membimbangkan ialah pelajar yang tidak hadir ke sekolah atau ponteng sering pula terlibat dengan pelbagai masalah atau gejala sosial yang lain seperti melepak, mencuri, merokok, berpeleseran dan sebagainya.
Sering kali kita perhatikan bahawa pelajar-pelajar yang lemah dan gagal dalam pelajaran merupakan golongan pelajar yang kerap tidak hadir ke sekolah. Dapatan ini menunjukkan bahawa jumlah yang tidak hadir ke sekolah kian merumit saban tahun. Jumlah peratus pelajar yang tidak hadir ini tentulah pula akan turut menyumbang kepada peratus penurunan kecemerlangan akademik pelajar kerana walaupun sekolah mengadakan pelbagai program ke arah peningkatan akademik pelajar tetapi usaha tersebut tidak sampai kepada sasaran yang sebenar disebabkan mereka tidak hadir ke sekolah. Justeru, program Jom Ke Sekolah ini diharapkan akan dapat meningkatkan fokus dan keprihatinan kita semua dalam membantu kecemerlangan sekolah dengan memaksimakan jumlah kehadiran pelajar ke sekolah.
Untuk membebaskan sekolah daripada masalah salahlaku ponteng dan menggalakkan kehadiran pelajar ke sekolah. Ini bertujuan bagi mengelakkan masalah sosial yang kerap berlaku dikalangan pelajar sekiranya mereka tidak hadir ke sekolah kerana remaja mudah terdedah dengan gejala tidak sihat. Dengan kehadiran pelajar ke sekolah juga secara tidak langsung meningkatkan akademik di sekolah kerana pelajar yang hadir ke sekolah boleh dianggap tidak tercicir pelajaran yang diajar di dalam bilik darjah setiap hari oleh guru matapelajaran.
OBJEKTIF
- Meningkatkan peratus kehadiran pelajar ke tahap 100 peratus.
- Mewujudkan satu sistem pengurusan kehadiran pelajar yang efisyen dalam mengawal prestasi kehadiran pelajar.
- Mengurangkan gejala disiplin dalam kalangan pelajar, terutama sekali gejala suka ponteng.
- Meningkatkan keprihatinan warga sekolah dan ibu bapa dalam menangani isu kehadiran dan gejala disiplin dalam kalangan pelajar.
- Meningkatkan prestasi kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik dan kokurikulum.
|
Buku Program Jom Ke Sekolah 2018 |
|
Anugerah Guru Kelas dan Murid Kehadiran Penuh bulan Januari 2018 |
Persembahan Murid
|
Wakil PPD Muar dan Barisan Guru |
|
Ke Jom ke Sekolah 2018 |
|
Gimik Pelancaran Program Jom Sekolah 2018 |
|
Ucapan Guru Besar |
|
Ketua Murid Mengetuai Ikrar Jom Ke Sekolah. |
|
Ikrar Murid Jom Ke Sekolah |