Perkhidmatan pergigian sekolah telah diperkenalkan pada tahun 1957. Penjagaan kesihatan pergigian yang komprehensif dan sistematik ini diberi untuk memastikan murid-murid sekolah mempunyai kesihatan mulut yang baik apabila mereka tamat zaman persekolahan.
Jururawat pergigian bertanggungjawab memeriksa dan merawat murid-murid tersebut diberikan oleh jururawat pergigian dan pegawai pergigian.
Bagaimanakah Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Sekolah Disampaikan?
Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Sekolah disampaikan melalui:
- Klinik Pergigian Sekolah
Klinik-klinik pergigian sekolah terletak dalam bilik khas di sekolah-sekolah rendah atau menengah tajaan kerajaan yang terpilih. - Pasukan Pergigian BergerakPasukan ini memberikan perkhidmatan kesihatan pergigian kepada murid-murid sekolah, termasuk yang tinggal di kawasan pedalaman. Klinik pergigian sementara diadakan di tempat yang sesuai di sekolah, menggunakan peralatan mudah alih.
- Klinik Pergigian Bergerak
Merupakan sebuah kenderaan yang diubah suai serta dilengkapi dengan kerusi dan peralatan pergigian. Klinik ini memberikan perkhidmatan kepada murid-murid di sekolah-sekolah yang mempunyai ruang terhad.
oleh : Faiz Saleh