Selamat Datang Ke Sekolah Kebangsaan Parit No 5 Muar Johor Darul Takzim. " Belajar..Bermoral..Berbakti" " Sekolah Unggul Jauhar Ulung "

Rabu, 31 Januari 2018

Kejohanan Ragbi Sentuh MSSD Muar 2018

Khamis 25/1/2018 

MSSD Muar telah menganjurkan Kejohanan Ragbi Sentuh lelaki bawah 18 tahun pada 23/1/2018 dan 25/1/2018 . Maktab Rendah Sains Muar telah menjadi lokasi kejohanan. SKPN5 telah menghantar pasukan dan bertanding dan keputusan memberangsangkan.Keputusan menang melawan SKPN, seri melawan SKST ANDREW, Tewas kpd SK Jalan Yusof dan SK Parit Latep.

TAHNIAH tempat ke 5 keseluruhan.





 

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah Muar


Khamis 29/1/2018. MSSD Muar telah menganjurkan Kejohanan Merentas Desa Lelaki dan Perempuan Bawah 12,15 dan 18 Tahun. SMK Lenga telah mengelolakan kejohanan tersebut. SKPN5 telah menghantar lapan orang peserta. Tahniah atas kejayaan tempat ke 5 dan 8.


Peserta Kejohanan Merentas Desa 2018

Starting point

Tahniah Tempat ke 5

Solat Hajat Sekolah Unggul Jauhar Ulung Bil 1/2018

Khamis 25/1/2018.Program Solat Hajat dan bacaan yaasin bersama anak-anak tahun 6 dan ibu -bapa tahun 6. Anjuran Unit Kecemerlangan dan Unit Kaunseling SKPN5/2018 bersama PPD. PIBG, Badan Maufakat Tahun 6 dan Panitia Agama Islam. Terima kasih kepada anak-anak SKPN5, ibu bapa, guru-guru dan staf yang dapat hadir pada malam ini..Semoga kecemerlangan bersama-sama kita dunia akhirat.Amin.


Rabu, 24 Januari 2018

PROGRAM INTERVENSI LIMA LANGKAH ( PILL )

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) yang telah dilancarkan pada 2013 telah mengariskan pelaksanaan District Tranformation Program (DTP). Salah satu inisiatif yang harus dilaksanakan di semua PPD adalah Perancangan Intervensi Lima Langkah

 ( PILL ).  
PILL mengariskan Lima Langkah yang perlu diikuti untuk menetapkan intervensi yang sesuai bagi sesuatu masalah. Melalui PILL, sekolah boleh mengenalpasti masalah-masalah yang wujud di sekolah dan meletakkan keutamaan kepada masalah yang serius. Dengan kaedah ini warga sekolah akan dapat gambaran dan intervensi yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut.


Bahan yang berkaitan dengan PILL boleh dicapai di SINI.  Contoh Penyediaan Kertas Konsep Program Intervensi Lima Langkah (PILL) bagi PMR/SPM juga boleh dimuat turun di SINI. Jangan salah ertikan PILL seperti gambar di bawah, tetapi ianya adalah merupakan langkah yang dilaksanakan untuk penyelesaian masalah sekolah-sekolah di sesebuah daerah .

Rabu, 17 Januari 2018

Perkhidmatan Pergigian SKPN5 2018 oleh KKM (16-21/1/2018)

Perkhidmatan pergigian sekolah telah diperkenalkan pada tahun 1957. Penjagaan kesihatan pergigian yang komprehensif dan sistematik ini diberi untuk memastikan murid-murid sekolah mempunyai kesihatan mulut yang baik apabila mereka tamat zaman persekolahan.
Jururawat pergigian bertanggungjawab memeriksa dan merawat murid-murid tersebut diberikan oleh jururawat pergigian dan pegawai pergigian.




Bagaimanakah Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Sekolah Disampaikan?
Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Sekolah disampaikan melalui:
  • Klinik Pergigian Sekolah
    Klinik-klinik pergigian sekolah terletak dalam bilik khas di sekolah-sekolah rendah atau menengah tajaan kerajaan yang terpilih.
  • Pasukan Pergigian BergerakPasukan ini memberikan perkhidmatan kesihatan pergigian kepada murid-murid sekolah, termasuk yang tinggal di kawasan pedalaman. Klinik pergigian sementara diadakan di tempat yang sesuai di sekolah, menggunakan peralatan mudah alih.
  • Klinik Pergigian Bergerak
    Merupakan sebuah kenderaan yang diubah suai serta dilengkapi dengan kerusi dan peralatan pergigian. Klinik ini memberikan perkhidmatan kepada murid-murid di sekolah-sekolah yang mempunyai ruang terhad.

oleh : Faiz Saleh

Kejohanan Merentas Desa SKPN5 2018 (17/1/2018)

Merentas desa adalah satu sukan yang melibatkan pasukan atau individu berlari pada pertandingan lapangan yang terbentang dengan melalui kawasan rupa bumi semulajadi. Lapangan ini yang biasanya berjarak 4-12 kilometer, mungkin termasuk permukaan melibatkan rumput dan bumi, melalui hutan dan kawasan desa yang terbentang, termasuk bukit, tanah rata dan kadang jalan berkerikil. Ia adalah sukan individu dan berpasukan; pelari dinilai berdasarkan masa individu dan markah pemberian untuk pasukan. Kedua-dua lelaki dan wanita peringkat semua umur bertanding dalam merentas desa dalam suasana alam yang pelbagai termasuk hujan, panas terik mahupun salji.




















Johan keseluruhan merentas desa dimenangi oleh Rumah Biru.


oleh : Faiz Saleh

Watikah Pelantikan Pemimpin Sekolah SKPN 5 2018 (14/1/2018)


Kecemerlangan atau kejayaan sesebuah sekolah banyak dipengaruhi dan disebabkan oleh kepimpinan pengetua/guru besar yang berkesan. Ini bermakna, pengetua atau guru besarlah yang dapat menggerakkan sekolah itu maju ke hadapan untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik dan kegiatan ko-kurikulum atau mundur kebelakang sebagai sekolah yang tidak berkesan.

In many ways the school principal is the most important and influential individual in any school. … it is his leadership that sets the tone of the school, the climate for learning, the level of professionalism and morale of teacher and the degree of concern for what students may or may not become. … if a school is a vibrant, innovative, child-centred place; if it has a reputation for excellence in teaching; if students are performing to the best of their ability one can almost always point to the principals leadership as the key to success. (Sergiovani, 1995: 83).

Antara pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan ketua serta penolong ketua kelas yang menerima watikah pelantikan.


Guru Besar SKPN5 menyampaikan amanat kepada bakal pemimpin masa depan.


Sarjan Ashikin merupakan pegawai perhubungan sekolah di IPD Muar (Cawangan Trafik) memberi input sekaligus merasmikan majlis tersebut.


 Sarjan Ashikin merupakan pegawai perhubungan sekolah di IPD Muar (Cawangan Trafik) memberi input sekaligus merasmikan majlis tersebut.


 Ketua Pengawas SKPN5 sesi 2018.


  Penolong Ketua Pengawas SKPN5 sesi 2018.


Pemimpin sekolah melafazkan ikrar.

Penghargaan kepada perasmi majlis.


Sesi fotografi bersama pentadbir sekolah, perasmi dan pengawas sekolah.


oleh : Faiz Saleh

Khamis, 11 Januari 2018

Mesyuarat AJK Kejohanan Merentas Desa SKPN5 2018

Setiausaha Sukan SKPN5 menyampaikan taklimat.



 GPK KoKo En Nazri B Hashim menyampaikan taklimat.


 Antara guru yang hadir mesyuarat.






oleh : Faiz Saleh

Isnin, 1 Januari 2018

Majlis Penyerahan Murid kepada Sekolah bagi PdP sesi 2018


Majlis Penyerahan dan Perhimpunan Ringkas


 Guru besar menyampaikan taklimat dan amanat kepada murid.



 Murid menunggu arahan daripada guru bertugas.



 Sebahagian ibu bapa yang menyertai perhimpunan dan mengiringi murid semasa majlis.



Murid-murid bersedia untuk perhimpunan.

oleh : Faiz Saleh


SELAMAT TAHUN BARU 2018!

Selamat tahun baru kepada semua warga pendidik KPM dan warga sekolah khasnya. Diharap tahun ini lebih membawa impak yang lebih baik kepada guru amnya dan murid khasnya. Bersama-sama kita meningkatkan prestasi sekolah untuk kebaikan bersama. Amin..

"Sekolah Unggul Jauhar Ulung"