GURU boleh menyiapkan lembaran kerja dengan mudah melalui aplikasi Tutor Guru yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuching, Sarawak baru-baru ini.
Dengan Tutor Guru, elemen pedagogi, psikologi dan teknologi kini berada dalam satu medium lembaran kerja digital, yang boleh diintegrasikan dengan bahan dari internet. Konsep Flipped Classroom dan keperluan pembelajaran abad ke-21 iaitu komunikasi, kolaboratif, kreativiti dan kritis terhidang di tablet dan dimanipulasi di hujung jari.Tutor Guru ialah teacher’s tool yang ideal bagi guru yang mahu berubah daripada terus terperangkap dalam dunia dinasour kepada dunia digital natives. Sebagai kesimpulan, Tutor Guru sangat memudahkan guru menyediakan lembaran kerja yang mencakupi hal berikut:
(i) Maklumat pengajaran – membolehkan guru memasukkan objektif pembelajaran
(ii) Bank soalan – soalan-soalan yang dipilih oleh guru untuk pengajaran.
(ii) Sumber rangsangan – guru boleh memasukkan bahan rangsangan tambahan seperti arahan pengajaran, bahan rujukan teks, bahan grafik (seperti gambar foto) menyisip video dari YouTube, dan melayari Google untuk mencari maklumat terkini sebagai bahan sokongan.
(iv) Jawapan dan perbincangan – paparan jawapan untuk berinteraksi dengan pelajar dalam bilik darjah.
Bahan pengajaran yang dicipta boleh pula boleh disimpan, dicetak, disunting atau dihapus.
Semoga fasiliti pendidikan ini bakal menjadi makanan dan minuman seharian guru apabila tablet itu sampai ke sekolah masing-masing.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/pendidikan/i-tutor-guru-i-lembaran-kerja-digital-1.320173#ixzz56LYf2JMN © Utusan Melayu (M) Bhd
Lembaran Kerja versi pc
Lembaran Kerja versi tab