28 Mei 2018 - Biro Kerohanian BKGK SKPN5 mengambil inisiatif untuk mengadakan majlis tadarus Al-Quran pada waktu rehat dan iftar secara beramai-ramai bagi meraih keberkatan pada bulan Ramadan yang penuh kemuliaan ini.
“Iftar jamaie beserta tadarus Al-Quran ini adalah inisiatif yang baik untuk meraikan sunnah Rasulullah saw dengan mengumpulkan warga sekolah yang masing-masing sibuk dengan persiapan perayaan, disamping saling mengingatkan satu sama lain akan peluang dan ganjaran yang perlu direbut dalam bulan yang sangat mulia ini”
Ustaz Muhidir, penceramah jemputan dalam tazkirahnya menyatakan kebaikan bersedekah dan menekankan konsep bersedekah akan menyucikan harta serta menkayakan orang yang miskin. Jadi pada bulan yanng mulia ini kita diagalakkan bersedekah dan beramal kerana pada bulan Ramadan terdapat kebaikan melebihi bulan yang lain.
YAB Adun Bukit Naning En Md Ysarudin, yang sempat menyertai iftar tersebut memuji inisiatif yang diambil oleh kelab guru dan kakitangan sekolah sebagai satu contoh yang baik untuk dicontohi di kawasan lain. Beliau juga berterima kasih kepada pihak penganjur selaku tuan rumah atas segala persiapan yang dilakukan.
Majlis diteruskan dengan solat tarawih bersama-sama guru dan staf sekolah dan berakhir pada pukul 10 malam.
oleh : Faiz Saleh