Selamat Datang Ke Sekolah Kebangsaan Parit No 5 Muar Johor Darul Takzim. " Belajar..Bermoral..Berbakti" " Sekolah Unggul Jauhar Ulung "

Ahad, 26 November 2017

Hari Keluarga Sekolah Kebangsaan Parit No 5/2017



Hari keluarga merupakan satu aktiviti bagi mengeratkan silaturahim dan hubungan kekeluargaan sesama keluarga kerana institusi keluarga adalah saluran asas dalam pembentukan sikap, nilai murni dan integriti seseorang individu dalam melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan dinamik.Badan Kebajikan Guru & Kakitangan SKPN5 2017 telah mengadakan hari keluarga bertempat di Puteri Qashrina, Tanjung Keling Melaka. Program diadakan pada 23-24 November 2017.

Penganjuran hari keluarga Badan Kebajikan & Kakitangan SKPN5/2017 merupakan salah satu wadah untuk menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara semua ahli organisasi bagi menghasilkan satu platform semangat muhibbah antara semua peserta yang terlibat yang akhirnya menjadi pemangkin untuk meningkatkan kecekapan bekerja dalam organisi SKPN5 yang dibina atas dasar semangat ukhuwah kekeluargaan yang harmoni dan dinamik.

Objektif :

1. Sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali antara semua ahli keluarga yang terlibat.
2. Mewujudkan persefahaman & semangat kerja berpasukan dikalangan semua warga kerja SKPN5.
3. Mengeratkan hubungan semua peserta dalam melakukan aktiviti bersama keluarga dalam satu
    organisasi besar.

Warga SKPN5
Team Building Aktiviti 1

Team Building Aktiviti 1
Team Building Aktiviti 2

Team Building Aktiviti 2

Kounselor Team Building.
Jamuan Warga SKPN5


Keluarga En Zamri , Puan Siti Zubaidah, En Ikram, En Affan dan En Faiz

Keluarga Puan Yusnani dan

Keluarga Ustazah Safinaz,

Keluarga Puan Nora dan Puan Hani

Keluarga Ustaz Mokhidir dan Ustazah Mazlina

Keluarga En Azam Dan Puan Zawatil

"A Getah Gelung Team"


Acara: Tiup belon Kanak- kanak

Acara:  Kutip Gula-gula

Acara: Belon Kasih 

Acara:Belon Kasih Peringkat Akhir


Isnin, 20 November 2017

Penataran PAK21/2017

Penataran Pembelajaran Abad Ke-21(PAK21) berlangsung pada 20 November 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat SK Parit No 5 melibatkan wakil PPD Muar dan warga guru SKP5 . Terima kasih diucapkan.


Perbincangan kumpulan 

Penbentangan Kmpulan PROJEK 

Penbentangan Kumpulan STEM

Pembentangan Kumpulan INKUARI

Perancangan Pemgajaran dan Pembelajaran PAK21

Perancangan Pegajaran dan Pembelajaran

Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran

Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran

Pembentangan Kumpulan

Pembentangan Kumpulan

Perbincangan Kumpulan

Perbincangan Kumpulan

Penataran PAK21

Penataran PAK21

Taklimat Guru Besar PAK21

Taklimat Penataran PAK21

Penerangan Tatacara Pelaksanaan PAK21 oleh Tuan Haji Nazri bin Sallleh

Selasa, 14 November 2017

PROFIL SK PARIT NO 5


VISI SEKOLAH

"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"

MISI SEKOLAH

"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

OBJEKTIF SEKOLAH

  • Berusaha mencapai sifar Linus dalam kalangan murid SKPN5
  • Mencapai peratus 85% dalam keputusan UPSR dengan GPS 1.90.
  • Meningkatkan taraf akademik murid SKPN5 dengan sistem pembelajaran dan pengajaran yang berkesan.
  • Meningkatkan tahap sahsiah dalam disiplin murid SKPN5.
  • Berusaha meningkatkan tahap keselamatan maksimum dalam Program 3K
  • Meningkatkan pencapaian murid dalam bidang kokurikulum hingga peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

      LAGU SEKOLAH






LAMBANG SEKOLAH




Lencana Sekolah Kebangsaan Parit No 5 dibahagikan kepada 4 pecahan mempunyai maknanya yang tersendiri.Makna bagi empat pecahan itu ialah seperti berikut;

Bentuk
1. Buku:
    Melambangkan akdemik sekolah

2. Gelung :
    Melambangkan semangat kesukanan Tinggi

3. Warna Merah/Putih :
    Bendera Malaysia

4. Buku dan Gelung :
    Digabungkan dan dibentuk menjadi satu ilustrasi melambangkan minda dan ilmu 
    pengetahuan yang tidak terbatas seiring dengan semangat kesukanan.

WARNA
Kuning :
Melambangkan kecemerlangan dan kegemilangan dari segi akademik sukan dan sahsiah murid.

Merah :
Melambangkan ketegasan, keberanian, bagi mengahadapi segala cabaran

Putih :
Melambangkan kesucian dan keikhlasan.

Biru :
Melambangkan semangat kejiranan dan kesungguhan dalam bidang akademik dan ko-kurikulum.

Merah dan Putih :
Jalur gemilang penyerapan semangat patriotik di kalangan murid supaya menjadi warganegara yang baik.

Jumaat, 10 November 2017

Lawatan Sambil Belajar Ke Terangganu / 2017

Masjid
10 November 2017, Terengganu.

Berpegang kepada pepatah “jauh berjalan, luas pemandangan, banyak pengalaman”, maka Sekolah Kebangsaan Parit No 5 telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Terengganu. Selain menjadi antara program tahunan, ia juga merupakan satu program yang amat baik sebagai landasan untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada murid-murid sekolah. 


Muzium
Melalui program ini juga, diharapkan guru-guru dapat mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam menghasilkan corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih memberangsangkan minat murid. Selaras dengan hasrat Negara, maka program ini diadakan untuk memberi pendedahan secara langsung kepada murid-murid. Melalui aktiviti seperti ini, keyakinan mereka untuk berhadapan dengan masyarakat akan dapat dipertingkatkan. Selain itu, lawatan seperti ini merupakan satu aktiviti sosial yang penting dalam usaha membuka minda dan memberi inspirasi kepada murid untuk meneroka masa depan yang lebih baik.

Peserta Program
OBJEKTIF
  • Diharapkan program ini dapat dijadikan sebagai landasan kepada murid-murid untuk membina keyakinan diri melalui aktivti sosial yang bersesuaian.
  • Dapat membuka minda dengan suasana dan pengalaman yang baru.
  • Dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk berhadapan dengan dunia luar dan masyarakat.
  • Memberikan inspirasi kepada murid dan guru dalam merancang pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif.

Taman Monumen

Rabu, 8 November 2017

Pesta Permainan SKPN5 2017

Pesta Permainan SKPN5/2017

Dasar 1 Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnyasatu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan dirisecara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Sehubungan dengan itu, untuk merealisasikan program ini, Panitia PJPK Sekolah Kebangsaan Parit No 5 telah menganjurkan Pesta Permainan 1M1S Bawah 10 dan 11 tahun tertutup peringkat sekolah.

 Permainan Bolajaring

 Permainan Bolasepak bawah 11

 Permainan Bolasepak bawah 10

 Permainan Bola Jaring bawah 11

 Pengawai pengelola mengagihkan peserta Pesta Permainan

Murid bergerak ke station permainan masing-masing.