Selamat Datang Ke Sekolah Kebangsaan Parit No 5 Muar Johor Darul Takzim. " Belajar..Bermoral..Berbakti" " Sekolah Unggul Jauhar Ulung "

Jumaat, 10 November 2017

Lawatan Sambil Belajar Ke Terangganu / 2017

Masjid
10 November 2017, Terengganu.

Berpegang kepada pepatah “jauh berjalan, luas pemandangan, banyak pengalaman”, maka Sekolah Kebangsaan Parit No 5 telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Terengganu. Selain menjadi antara program tahunan, ia juga merupakan satu program yang amat baik sebagai landasan untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada murid-murid sekolah. 


Muzium
Melalui program ini juga, diharapkan guru-guru dapat mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam menghasilkan corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih memberangsangkan minat murid. Selaras dengan hasrat Negara, maka program ini diadakan untuk memberi pendedahan secara langsung kepada murid-murid. Melalui aktiviti seperti ini, keyakinan mereka untuk berhadapan dengan masyarakat akan dapat dipertingkatkan. Selain itu, lawatan seperti ini merupakan satu aktiviti sosial yang penting dalam usaha membuka minda dan memberi inspirasi kepada murid untuk meneroka masa depan yang lebih baik.

Peserta Program
OBJEKTIF
  • Diharapkan program ini dapat dijadikan sebagai landasan kepada murid-murid untuk membina keyakinan diri melalui aktivti sosial yang bersesuaian.
  • Dapat membuka minda dengan suasana dan pengalaman yang baru.
  • Dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk berhadapan dengan dunia luar dan masyarakat.
  • Memberikan inspirasi kepada murid dan guru dalam merancang pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif.

Taman Monumen